KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘meminta’ dikemukakan cadangan senarai nama rombakan Kabinet yang didakwa akan berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).
Tanpa mengesahkan perkara tersebut, Anwar berkata, senarai tersebut akan dipertimbangkan oleh beliau.
“(Mengenai rombakan Kabinet) Jika ada cadangan, sila tulis kepada saya.
“Saya akan bagi pertimbangan sebaiknya,” kata Perdana Menteri secara ringkas kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai desas-desus berlaku rombakan Kabinet melibatkan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan selepas PRN.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang rombakan Kabinet adalah hak mutlak dan berdasarkan budi bicara Perdana Menteri.
Hasimi Muhamad
Sat May 27 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta dikemukakan cadangan senarai nama rombakan Kabinet yang didakwa akan berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). - Gambar fail/BERNAMA
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Rombakan Kabinet bukan sekadar isi kekosongan - Fadillah
Rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, disifatkan bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya ke arah memperkasakan gerak kerja dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Fadillah terajui kementerian baharu, hal-ehwal Sabah, Sarawak
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu dalam rombakan Kabinet hari ini.
Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Lim Hui Ying ikrar tunai amanah berlandas dasar Kerajaan Perpaduan
Beliau yang beralih portfolio daripada Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran baharu buatnya.
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Menteri atau timbalan menteri harus diberi peluang memperbaiki prestasi mereka termasuk beliau sendiri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Norway umum rombakan Kabinet, Menteri Luar digugurkan
Norway mengumumkan rombakan kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar, termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt.
Mubarak sokong wujudkan Menteri Kewangan II
Katanya, jika jawatan itu wujud, tidak timbul masalah bagi PM untuk terus kekal sebagai Menteri Kewangan walaupun berdepan jadual padat.
Rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat esok - Ahmad Zahid
Perihal rombakan Kabinet tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.